Tuesday 10 May 2011

TIPS SEKIRANYA BERLAKU KERACUNAN MAKANAN DI SEKOLAH


1.       Kenali symptom keracunan makanan
i.                     Sakit yang memulas di tengah-tengah perut
ii.                   Muntah yang berpanjangan
2.      Kumpulkan murid yang disyaki mengalami  keracunan
3.      Hubungi hospital yang terhampir. Sebaiknya biar pihak hospital datang ke sekolah agar siasatan segera      boleh mereka ambil.
4.       Jika boleh dikenalpasti makanan yang disyaki, simpan sampel.
5.       Pastikan jumlah murid yang terlibat.
6.       Hubungi segera ibu bapa murid yang terlibat.
7.      Jika murid dimasukkan ke wad:
i.                     Ambil jumlah dan nama mereka
ii.                   Berbincang dengan pihak hospital / doktor  berkenaan jangkitan yang mereka alami dan tindakan rawatan yang akan dijalankan.
8.       Ingat dan catat segala kronologi yang berlaku.
9.       Bertenang. Semua guru harus memberi kerja sama dan berterima kasih kepada mereka.
10.   Pihak sekolah perlu segera hubungi dan maklumkan kepada pihak PPD.
11. Buat laporan kejadian menggunakan Borang Laporan Keracunan Makanan (Laporan Sekolah) yang dibekalkan oleh JPN.
12.  Sekiranya disyaki berpunca dari kantin pastikan borang laporan pemeriksaan kantin lengkap dan salinan disediakan:
i.                     Borang Kendiri   1
ii.                   Borang Kendiri   2
13.  Banyak pihak stakeholder dari kementerian akan datang; beri kerjasama. Contoh KPM, JPN, PPD dan Jabatan Kesihatan.
14.   Buat pemantauan pada hari kedua dan ketiga.
15.   Lawatilah murid-murid yang terlibat di wad hospital.
16.  Dinasihatkan sekiranya laporan terperinci belum siap jangan beri apa-apa kenyataan kepada pihak tak
       berkenaan seperti wartawan.
17.   Segera bermesyuarat dengan JK tertentu seperti Unit Kantin, Kesihatan, Keselamatan dsb untuk mengambil  langkah-langkah proaktif bagi mengelakkan kejadian berulang lagi.
18.   Berdoalah mudah-mudahan ia tidak akan berulang lagi.
  
       Sekiranya kantin diarahkan tutup segera rancang dan ambil tindakan berikut:
         i.         Maklumkan kepada murid dan ibu bapa dan nasihatkan bawa bekal dari rumah.
         ii.        BKG atau PIBG boleh membantu menjalankan jualan bantuan seperti roti dan air kotak

No comments:

Post a Comment