Friday 20 May 2011

MINGGU PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011 SKPI

23 MAY  -   26 MAY  2011

Guru Besar, Barisan Penolong Kanan dan Guru-Guru 
SK Pandan Indah
mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan 
Pertengahan Tahun
kepada seluruh murid SK Pandan Indah yang disayangi.

Didokan semoga segala apa yang telah dipelajari dapat dimanafaatkan
dan dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan tenang dan betul.


SEMOGA BERJAYA


Kepada guru-guru
Syabas dan Tahniah, semoga usaha bakti kalian akan dirahmati Allah.

Monday 16 May 2011

Sunday 15 May 2011

" GURU PENJANA TRANSFORMASI NEGARA "


Selamat Hari Guru 

Khusus kepada guru-guruku di SK Pandan Indah

dan

Seluruh warga guru yang dihormati

16 MEI 2011

Friday 13 May 2011

CUIT-CUIT


Saya Sayangkan MAK
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai               : RM4.00
2) Tolong jaga adik                  : RM4.00
3) Tolong buang sampah         : RM1.00
4) Tolong kemas bilik               : RM2.00
5) Tolong siram bunga             : RM3.00
6) Tolong sapu sampah            : RM3.00
          Jumlah                                       : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan MAK".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada muka surat yang sama ditulisnya

Tuesday 10 May 2011

SENARAI SEMAK: BORANG / LAPORAN

Berikut ialah Senarai Semak Borang / Laporan yang perlu dihantar oleh PK HEM ke PPD Hulu Langat setiap bulan:


    • Laporan Prestasi Kontraktor Keselamatan:
      • PKK  A
      • PKK  1
      • PKK  2
      • PKK  3
      • PKK  4
    • Laporan Prestasi Kontraktor Kebersihan:
      • KBK  A
      • KBK  1
      • KBK  2
      • KBK  3
    • Laporan Kajian AEDES   -  KD2
    • Borang Penilaian Kebersihan Kantin   -   Kendiri  2
    • Maklumat jumlah pelajar dan kelas (enrolmen)
    • Borang data ponteng

TIPS SEKIRANYA BERLAKU KERACUNAN MAKANAN DI SEKOLAH


1.       Kenali symptom keracunan makanan
i.                     Sakit yang memulas di tengah-tengah perut
ii.                   Muntah yang berpanjangan
2.      Kumpulkan murid yang disyaki mengalami  keracunan
3.      Hubungi hospital yang terhampir. Sebaiknya biar pihak hospital datang ke sekolah agar siasatan segera      boleh mereka ambil.
4.       Jika boleh dikenalpasti makanan yang disyaki, simpan sampel.
5.       Pastikan jumlah murid yang terlibat.
6.       Hubungi segera ibu bapa murid yang terlibat.
7.      Jika murid dimasukkan ke wad:
i.                     Ambil jumlah dan nama mereka
ii.                   Berbincang dengan pihak hospital / doktor  berkenaan jangkitan yang mereka alami dan tindakan rawatan yang akan dijalankan.
8.       Ingat dan catat segala kronologi yang berlaku.
9.       Bertenang. Semua guru harus memberi kerja sama dan berterima kasih kepada mereka.
10.   Pihak sekolah perlu segera hubungi dan maklumkan kepada pihak PPD.
11. Buat laporan kejadian menggunakan Borang Laporan Keracunan Makanan (Laporan Sekolah) yang dibekalkan oleh JPN.
12.  Sekiranya disyaki berpunca dari kantin pastikan borang laporan pemeriksaan kantin lengkap dan salinan disediakan:
i.                     Borang Kendiri   1
ii.                   Borang Kendiri   2
13.  Banyak pihak stakeholder dari kementerian akan datang; beri kerjasama. Contoh KPM, JPN, PPD dan Jabatan Kesihatan.
14.   Buat pemantauan pada hari kedua dan ketiga.
15.   Lawatilah murid-murid yang terlibat di wad hospital.
16.  Dinasihatkan sekiranya laporan terperinci belum siap jangan beri apa-apa kenyataan kepada pihak tak
       berkenaan seperti wartawan.
17.   Segera bermesyuarat dengan JK tertentu seperti Unit Kantin, Kesihatan, Keselamatan dsb untuk mengambil  langkah-langkah proaktif bagi mengelakkan kejadian berulang lagi.
18.   Berdoalah mudah-mudahan ia tidak akan berulang lagi.
  
       Sekiranya kantin diarahkan tutup segera rancang dan ambil tindakan berikut:
         i.         Maklumkan kepada murid dan ibu bapa dan nasihatkan bawa bekal dari rumah.
         ii.        BKG atau PIBG boleh membantu menjalankan jualan bantuan seperti roti dan air kotak

Saturday 7 May 2011

SENTUHAN HATI YANG PERLU DIHAYATI...

One day, a poor boy who was selling goods from door to door to pay his way through school, found he had only one thin dime left, and he was hungry.
He decided he would ask for a meal at the next house. However, he lost his nerve when a lovely young woman opened the door.
Instead of a meal he asked for a drink of water! . She thought he looked hungry so brought him a large glass of milk. He drank it so slowly, and then asked, How much do I owe you?"
You don't owe me anything," she replied. "Mother has taught us never to accept pay for a kindness."
He said ... "Then I thank you from my heart."
As Howard Kelly left that house, he not only felt stronger physically, but his faith in God and man was strong also. He had been ready to give up and quit.

Many year's later that same young woman became critically ill. The local doctors were baffled. They finally sent her to the big city, where they called in specialists to study her rare disease.
Dr. Howard Kelly was called in for the consultation. When he heard the name of the town she came from, a strange light filled his eyes.
Immediately he rose and went down the hall of the hospital to her room.
Dressed in his doctor's gown he went in to see her. He recognized her at once.
He went back to the consultation room determined to do his best to save her life. From that day he gave special attention to her case.

After a long struggle, the battle was won.
Dr. Kelly requested the business office to pass the final bill to him for approval. He looked at it, then wrote something on the edge, and the bill was sent to her room. She feared to open it, for she was sure it would take the rest of her life to pay for it all. Finally she looked, and something caught her attention on the side of the bill. She read these words ...
"Paid in full with one glass of milk"
(Signed) Dr. Howard Kelly.
Tears of joy flooded her eyes as her happy heart prayed: "Thank You,
God, that Your love has spread broad through human hearts and hands."
There's a saying which goes something like this: Bread cast on the water comes back to you. The good deed you do today may benefit you or someone you love at the least expected time.  If you never see the deed again at least you will have made the world a better place - And, after all, isn't that what life is all about?

Wednesday 4 May 2011

APA KATA PENGERUSI


ENCIK NOR AZMI BIN MD ISA, Pengerusi JK Pemuafakatan GPK HEM Daerah Hulu Langat menjelaskan bahawa, bengkel membina laman blog HEM ini adalah merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang bagi peningkatan profesional GPK HEM Daerah Hulu Langat. Beliau menegaskan bahawa penerapan teknologi dan multimedia dalam setiap urusan HEM adalah merupakan elemen penting bagi meningkatkan kualiti kerja yang semakin mencabar. Beliau juga melahirkan kegembiraannya kerana rakan-rakan GPK HEM lain mempunyai semangat yang tinggi dan komitmen yang padu dalam menjayakan bengkel yang diadakan ini. Semoga segala usaha yang murni akan meletakkan kumpulan guru-guru PK HEM Daerah Hulu Langat sebagai sebuah pasukan yang berpengetahuan tinggi dan mampu melaksanakan tugasan HEM dengan lebih cemerlang

BENGKEL LAMAN BLOG PK HEM DAERAH HULU LANGAT

Tarikh    : 5 -6 Mei 2011 (Khamis - Jumaat)
Tempat  : PKG Ampang
Fasilitator : Encik Adlan Mohd Ali

Seramai 12 orang Guru Penolong Kanan HEM Daerah Hulu Langat telah berkumpul di PKG Ampang untuk berbengkel membina laman blog Unit HEM sekolah masing-masing. Bengkel ini diadakan secara handson dan tunjuk cara yang dikendalikan oleh Saudara Adlan dan Saudara Asman.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menghasilkan satu media komunikasi rangkaian GPK HEM Daerah Hulu Langat. Maklumat atau informasi berkaitan pengurusan HEM akan dimuatkan untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan HEM di sekolah lain.