Wednesday 4 May 2011

APA KATA PENGERUSI


ENCIK NOR AZMI BIN MD ISA, Pengerusi JK Pemuafakatan GPK HEM Daerah Hulu Langat menjelaskan bahawa, bengkel membina laman blog HEM ini adalah merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang bagi peningkatan profesional GPK HEM Daerah Hulu Langat. Beliau menegaskan bahawa penerapan teknologi dan multimedia dalam setiap urusan HEM adalah merupakan elemen penting bagi meningkatkan kualiti kerja yang semakin mencabar. Beliau juga melahirkan kegembiraannya kerana rakan-rakan GPK HEM lain mempunyai semangat yang tinggi dan komitmen yang padu dalam menjayakan bengkel yang diadakan ini. Semoga segala usaha yang murni akan meletakkan kumpulan guru-guru PK HEM Daerah Hulu Langat sebagai sebuah pasukan yang berpengetahuan tinggi dan mampu melaksanakan tugasan HEM dengan lebih cemerlang

No comments:

Post a Comment