Thursday 4 February 2016

PERTUKARAN SYARIKAT PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH

Pada malam 31 Januari 2016 maka berakhirlah kontrak Syarikat Pengawal Keselamatan Century Security. Proses pertukaran syarikat perlu dilakukan pada pukul 12.00 tengah malam yang perlu dihadiri oleh wakil pentadbir sekolah dan wakil dari PPDHL.



Pada 5 Februari 2016 (Jumaat) jam 10.45 pagi Syarikat Pengawal Keselamatan yang baru Richworld Security telah datang melapor diri.

MAJLIS PENTAULIAHAN PENGAWAS, KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS (TAHUN 2016)

TARIKH : 1 FEBRUARI 2016

Seramai 60 orang pengawas yang terdiri daripada murid tahun 2 hingga 6 telah dilantik bagi sesi 2016 ini. Manakala 43 orang ketua kelas dan penolong ketua kelas juga telah dilantik dalam majlis ini. Pegawai polis dari IPD Ampang Jaya dan Balai Polis Pandan Indah telah sudi hadir untuk menyampaikan sijil tauliah kepada murid-murid yang terlibat.






SAMBUTAN MAULIDUL RASUL (2016) PERINGKAT SKPI

TARIKH :
22 JANUARI 2016 (JUMAAT)

AKTIVITI:
1. Ucapan persmian
2. Perarakan Maulid sambil bersalawat dengan membawa sepanduk
3. Ceramah Maulid di surau
4. Kuiz