Sunday 24 July 2011

Aduh......! Sakitnya........

Pada 18 - 21 Julai yang lalu, murid-murid tahun 1 telah selesai menjalani suntikan imunisasi. Lebih 200 orang murid tahun 1 telah diberikan suntikan oleh pegawai-pegawai perubatan dari Klik Kerajaan Kampung Pandan.

Wednesday 20 July 2011

GERMS BUSTER

Tarikh    : 20 Julai 2011

Squad Germs Buster dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah mengadakan program penjagaan dan peningkatan kesihatan kepada murid-murid tahun 1. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kunjungan dan sumbangan yang telah diberikan.

Sunday 10 July 2011

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2011


  Pada  9-10 Julai 2011, bertempat di Impian Country Resort, Hulu Langat, seramai 76 orang murid yang terdiri dari pengawas sekolah dan ketua kelas telah mengikuti kursus ini. Kursus anjuran Unit Hal Ehwal Murid SKPI yang diuruskan oleh JK Unit Disiplin dan JK Unit Bimbingan dan Kaunseling memberi kepercayaan kepada fasilitator dari Kem ICR untuk mengendalikan program berkenaan.

          Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan daya ketahanan dan ciri kepimpinan kepada para peserta untuk membantu mereka melaksanakan tugas dan tanggung jawab mereka sebagai pemimpin rakan sebaya di sekolah. Sepanjang kursus peserta telah didedahkan dengan pelbagai ativiti yang amat berfaedah dan menyeronokkan seperti aktiviti latihan dalam kumpulan, ice breaking, ceramah motivasi, night tracking dan sebagainya. Dalam pada itu juga para peserta dididik dengan asas disiplin yang tinggi seperti menepati masa, kebersihan, kekemasan diri, pergaulan yang sihat dan mesra, bekerja sama dan sebagainya.

          Hampir 20 orang guru telah terlibat menjayakan program ini. Turut serta ialah guru besar Puan Nik Aziah yang juga turut bermalam di kem tersebut bersama para peserta. Kepada semua guru yang menyumbangkan tenaga dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program ini, diucapkan terima kasih dan syabas!

          Mudah-mudahan para peserta mendapat menafaat dari aktiviti-aktiviti yang telah diikuti dan mampu merubah sikap mereka menjadi pemimpin pelajar yang lebih baik.