Thursday, 21 August 2014

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

Pendapatan : RM520.00
Perkapita     : RM130.00
3K



SKIM PINJAMAN BUKU TEKS SKPI



Saturday, 9 August 2014

CERAMAH ANTI DENGGI

Tarikh : 23 Julai 2014
Penceramah : Ustaz Saiful Azrin - Ketua Unit Anti Denggi
Sasaran : Seluruh warga SKPI
Objektif : 1. Meningkatkan kesedaran tentang bahaya wabak denggi
               2. Meningkatkan usaha membasmi dan memusnahkan tempat pembiakan jentik-jentik




Friday, 8 August 2014

KAWAD KEBAKARAN SKPI

Tarikh : 15 May 2014
Aktiviti : Unit 3K dan Sub Unit Keselamatan
Usahasama : Balai BOMBA dan Penyelamat Pandan Indah







Sunday, 16 October 2011

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011

Kepada murid-murid SK Pandan Indah yang dikasihi,
Selamat menjalani Peperiksaan Akhir Tahun yang bermula pada 17 hingga 21 Oktober 2011
Didoakan semoga mendapat kejayaan yang cemerlang.

Thursday, 6 October 2011

SISTEM ANALISA PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)

Sila layari 
http://saps.moe.gov.my
atau
http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
untuk mengakses sistem tersebut.

Manual penggunaan:
1. Lihat sebelah kiri ada menu semakan ibu bapa/penjaga.
Masukkan nombor pendaftaran surat beranak atau nombor kad pengenalan anak (tanpa jarak)

Sunday, 11 September 2011

PERMOHONAN BANTUAN KWAMP 2012

Pihak sekolah sedang menguruskan permohonan bantuan KWAMP bagi tahun 2012:
1. Murid-murid yang layak membuat permohonan adalah berdasarkan aspek berikut:
  a) Warganegara
  b) Kadar kelayakan pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR):
       Isi Rumah  RM720.00    Perkapita   RM180.00

2. Borang permohonan telah diedarkan kepada murid-murid yang difikirkan layak.

3. Semakan dan tapisan pertama dibuat di peringkat sekolah dan akan dihantar ke PPD Hulu Langat untuk tindakan selanjutnya pada atau sebelum 15 September 2011.


* Kepada ibu bapa / penjaga diharapkan dapat mematuhi etika dan ketulusan penyataan gaji / pendapatan agar tidak berlaku sebarang ketidak boleh percayaan.

Masanya Dah Tiba......!!!!!

Kepada murid-murid ku Tahun 6, SK Pandan Indah, didoakan semoga berjaya dalam peperiksaan yang akan dihadapi pada 
13 hingga 15 September ini.

Buatlah yang terbaik demi masa depan. Kejayaan yang diperolehi nanti .... itulah hadiah istimewa untuk ibu bapa dan guru-guru yang mengajar.

Monday, 22 August 2011

SALAM EIDUL FITRI

En. Azmi Zakaria
Guru Besar 

Puan Hamidah Abu
GPK Kurikulum

En. Asman Hj Harun
GPK Hal Ehwal Murid

Pn. Faridah Ahmad
GPK Kokurikulum

Pn. Hjh. Saodah Omar
GPK Petang

Seluruh Warga Pendidik dan Staf Sokong

Mengucapkan Salam Eidul Fitri dan Maaf Zahir Batin



Monday, 15 August 2011

BORANG KE TINGKATAN 1 TAHUN 2012 DAEARAH HULU LANGAT


Bagi murid-murid SK Pandan Indah, sekolah menengah berdekatan yang biasa dipohon ialah:
1. SMK Pandan Indah
2. SMK Pandan Mewah
3. SMK Taman Seraya
4. SMK Bandar Baru Ampang

PENERAJU BARU

SELAMAT DATANG KE SK PANDAN INDAH ................

ENCIK AZMI BIN ZAKARIA

GURU BESAR SK PANDAN INDAH

Sunday, 14 August 2011

MAJLIS PERPISAHAN

Terima Kasih Puan Nik Aziah.......

Pada 12 Ogos 2011 adalah merupakan hari terakhir Puan Nik Aziah berkhidmat seagai guru besar SK Pandan Indah. Majlis perpisahan telah diadakan bagi menghargai dan mengenang jasa bakti beliau selama hampir 11 tahun berkhidmat di sekolah ini.



Wednesday, 3 August 2011

SEKOLAH KAWALAN DAN KELAS RANCANGAN KHAS

BORANG PERMOHONAN KE SEKOLAH/ KELAS KAWALAN/ KELAS RANCANGAN KHAS (KRK) SESI 2012
Wednesday, 27 July 2011© 2011 - PPD Hulu Langat
BERIKUT DIMAKLUMKAN BORANG PERMOHONAN KE SEKOLAH/KELAS KAWALAN/ KELAS RANCANGAN KHAS (KRK) BAGI SESI 2012 UNTUK MAKLUMAN SEMUA SEKOLAH

BORANG YANG TELAH LENGKAP DIISI HENDAKLAH DIHANTAR DALAM BENTUK SOFT COPY DAN HARD COPY (U.P: EN. MOHD. FADZLI BIN ABU BAKAR) PADA ATAU SEBELUM 15 OGOS 2011.


BAGI MURID-MURID SK PANDAN INDAH, UNTUK MENDAPATKAN PENERANGAN LEBIH LANJUT BOLEHLAH BERHUBUNG TERUS DENGAN GURU PENOLONG KANAN HEM.

Monday, 1 August 2011

SELAMAT DATANG "RAMADHAN AL MUBARAK"

Selamat meyambut dan menjalani ibadah dalam bulan Ramadhan Al Mubarak

Sunday, 24 July 2011

Aduh......! Sakitnya........

Pada 18 - 21 Julai yang lalu, murid-murid tahun 1 telah selesai menjalani suntikan imunisasi. Lebih 200 orang murid tahun 1 telah diberikan suntikan oleh pegawai-pegawai perubatan dari Klik Kerajaan Kampung Pandan.

Wednesday, 20 July 2011

GERMS BUSTER

Tarikh    : 20 Julai 2011

Squad Germs Buster dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah mengadakan program penjagaan dan peningkatan kesihatan kepada murid-murid tahun 1. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kunjungan dan sumbangan yang telah diberikan.

Sunday, 10 July 2011

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2011


  Pada  9-10 Julai 2011, bertempat di Impian Country Resort, Hulu Langat, seramai 76 orang murid yang terdiri dari pengawas sekolah dan ketua kelas telah mengikuti kursus ini. Kursus anjuran Unit Hal Ehwal Murid SKPI yang diuruskan oleh JK Unit Disiplin dan JK Unit Bimbingan dan Kaunseling memberi kepercayaan kepada fasilitator dari Kem ICR untuk mengendalikan program berkenaan.

          Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan daya ketahanan dan ciri kepimpinan kepada para peserta untuk membantu mereka melaksanakan tugas dan tanggung jawab mereka sebagai pemimpin rakan sebaya di sekolah. Sepanjang kursus peserta telah didedahkan dengan pelbagai ativiti yang amat berfaedah dan menyeronokkan seperti aktiviti latihan dalam kumpulan, ice breaking, ceramah motivasi, night tracking dan sebagainya. Dalam pada itu juga para peserta dididik dengan asas disiplin yang tinggi seperti menepati masa, kebersihan, kekemasan diri, pergaulan yang sihat dan mesra, bekerja sama dan sebagainya.

          Hampir 20 orang guru telah terlibat menjayakan program ini. Turut serta ialah guru besar Puan Nik Aziah yang juga turut bermalam di kem tersebut bersama para peserta. Kepada semua guru yang menyumbangkan tenaga dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program ini, diucapkan terima kasih dan syabas!

          Mudah-mudahan para peserta mendapat menafaat dari aktiviti-aktiviti yang telah diikuti dan mampu merubah sikap mereka menjadi pemimpin pelajar yang lebih baik.